Ahad, 8 November 2015

5 MANFAAT SOYA PADA KULIT, RAMBUT DAN KUKU



MELEMBAPKAN KULIT
Kulit yang kering akan menampakkan wajah lebih tua, kusam. Wajah berminyak pula sangat merimaskan dan boleh menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit. Soya bertindak sebagai pelembap yang sangat baik untuk kulit jenis kombinasi dan juga sangat bagus untuk melenyapkan masalah kulit kering dan bersisik. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, soya dapat membantu menghilangkan lebihan minyak.
ANTI-PENUAAN
Soya mengandungi phytoestrogen yang membantu penghasilan estrogen didalam badan. Semakin kita berusia, hormon estrogen semakin berkurangan dan inilah yang menyumbang kepada penuaan kita. Hormon estrogen sangat penting bagi memastikankulit kekal elastik. Tanpa estrogen yang mencukupi, kulit akan kelihatan kusam, berkedut, berjeragat dan kurang elastik. Pengambilan soya secara konsisten dapat membantu penghasilan estrogen bagi menjamin keanjalan kulit.
VITAMIN E
Soya mengandungi vitamin E yang membantu menyingkirkan sel mati dan menjana sel baru yang sihat. Ini membantu kita kelihatan berseri dan lebih muda. Selain mengambil soya sebagai minuman, anda juga boleh jadikan masker untuk kulit anda. Jika orang zaman dahulu mengambil kacang soya, menghancurkannya sehingga halus untuk dijadikan masker.
MENGUATKAN KUKU
soya membantu menguatkan kuku, menjadikannya lebih bersinar dan melembapkan kuku. Cuba amalkan sekurang-kurangnya 6 bulan pengambilan soya secara konsisten untuk melihat hasilnya :D
RAMBUT BERSINAR
Soya juga dapat menjadikan rambut anda kelihatan lebih lembut, bersinar dan beralun. Satu tips yang baik, sapukan air soya pada rambut selama 3 bulan untuk melihat hasil yang mengejutkan. 
itu adalah antara kelebihan soya untuk kulit, kuku dan rambut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan