Ahad, 8 November 2015

Khasiat Epal Hijau

Tahukah anda berkenaan kebaikan dan khasiat epal hijau dalam penjagaan kesihatan? Tidak dinafikan bahawa epal hijau merupakan antara buah-buahan yang digemari ramai. Begitu juga saya, jika diberi pilihan di antara epal hijau atau merah. Saya akan memilih epal hijau.
Jika sebelum ini saya ada kongsikan khasiat limau nipis, kali ini saya ingin kongsikan beberapa khasiat epal hijau dalam kesihatan dan kecantikan. Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari adalah amat digalakkan kerana khasiat epal hijau itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada individu yang ingin menurunkan berat badan, ini kerana epal hijau mampu mengurangkan kolesterol dalam badan.

Khasiat Epal Hijau Dengan Pelbagai Zat

Di antara zat yang terdapat di dalam epal hijau ialah zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda juga digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya, ini kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Khasiat Epal Hijau Dalam Amalan Hidup Sihat

Epal hijau mampu membantu anda dalam mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
khasiat epal hijau
Selain itu juga, khasiat epal hijau adalah membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum pada setiap pagi sebelum sarapan.Ini kerana ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan di mana zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Khasiat Epal Hijau Dalam Kecantikan

Tahukah anda, epal hijau juga mampu mencantikan kulit anda? Di mana epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau secara nipis, kemudian rendamkan di dalam air batu selama lima minit. Setelah itu letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegaran pada kulit muka anda. Jika ianya diamalkan selalu, ia mampu melincinkat kulit muka anda.
Begitulah di antara khasiat epal hijau, tidak kira di dalam kesihatan dan kecantikan. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberikan gaya hidup sihat buat anda semua, selain kelihatan lebih kacak dan anggun.

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan